Isnin, 16 April 2012

Doaku buat bakal imamku yang dirahsiakan Allah :)

Harapan muslimah buat bakal zauj yang dirahsiakan Allah :

Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudz, imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan bersama melalui perjalananku nanti...

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, melayakkan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

Aku percaya kau sedang menempah dirimu dalam beribu dugaan dengan meletakkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan masalah ummah... Mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu untuk ummah.

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti.

Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan zikir selalu terlafaz menemani langkah jihadmu.

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu.

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya keranaNya.

Aku percaya, kau sedang melayakkan diri dan terus memperbaiki diri disana, di belahan bumi manapun kau berada.

Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri :

Aku pun begitu sayang.

Aku sedang belajar, belajar menempah diri, menjauhkan egoku demi ummah, membaktikan diriku untuk orang lain, agar baktiku padamu juga sempurna.

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan keluarga Qur’ani yang aku inginkan nanti dapat ku bangunkan bersamamu.. Kerana kau tahu? Meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti.

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu.


Rabu, 14 Disember 2011

Sebab main panas?

hmm.. rasa bertuah sangat sebab ada cousin yang sporting melampau nih. macam ni.. petang tadi cik awe' duduk sembang-sembang penuh dengan cik endong. hmm.. aku nampak macam ketiak dia hitam sangat.

Cik Awe' : Endong, kenapa ketiak kau hitam sangat nih? sebelum nih cerah je..
Endong    : Biasalah hawa... selalu main panas.. tuh yang hitam tuh ketiak aku nih..

dengar je endong jawab macamtu, yang lain pun gelak sama termasuklah cik endong sendiri. masalahnya, endong tak pernah keluar rumah mendedahkan ketiaknya ke panas matahari. itu yang kami sama-sama musykil. main panas sampai ketiak jadi hitam? haha dahsyat sungguh.sungguh tak dapat diduga jawapannya itu. haha. Ha tapi anda semua jangan salah faham, sebab cik awe' dah minta kebenaran daripada cik endong untuk cerita kejadian ini di blog. oklah, selamat malam semua. sebelum tidur baca doa okayh? assalamualaikum :)

Selasa, 13 Disember 2011

Sahabat :)

Assalamualaikum and Good Morning cuters bloggers! okayh just want to share this song which I've done just now. Yeah a little bit incest and nasal but it's okayh la kot. I do it honestly from my heart. hehe.. Do enjoy guys! :D

Majulah Melayu dengan Perniagaan :)

Hye, Assalamualaikum dan selamat petang semua blogger dan juga makcik-makcik, jiran tetangga dan juga bibik yang sedang berenang dalam kolam belakang rumah tu. Jangan sampai lemas yeh bik!!!
He... Okayh harini Cik Awe' ada sedikit benda nak share. nak share apa tuh Cik Awe' oi? ha nak share link ni... Cik Ummu Syaza kita nih baru mahu memulakan perniagaan secara online, katanya. Dan sebagai permulaan Cik Ummu menjual barangan seperti minyak wangi yang comel-comel. Tak lama lagi Cik Ummu juga bakal mempamerkan  barangan seperti tas tangan dan juga kasut. Jadi selamat membeli belah dan kepada Cik Ummu Syaza pula semoga berjaya! :)
http://ummusyaza.ads4mall.com/





Jumaat, 9 Disember 2011

Bulan Ditutup Awan

Wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan
kini engkau pergi jauh membawa dir
i tinggal daku saorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan
wahai jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu tidak kuturut sedari dahulu
wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan
kini engkau pergi jauh membawa diri
tinggal daku saorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutop awan
terkenang hati bertambah rawan

Bilakah?

bila perbalahan antara kedua belah pihak ni boleh berakhir ya?
hummmh..
penat betul..
hari-hari hamba memohon agar kedua-dua belah pihak ini boleh menyelesaikan sesuatu perkara secara matang dan rasional.
harap-harap Allah terima permohonan tu.
Allah bagi macam-macam ujian sebab Allah sayang kita.
jadi, kita perlulah bersyukur benar?
aahhha..
haih..
alangkah bahagianya pabila keamanan kekal di sini :)

3.15 a.m.
15 November 2010

Doa Akhir dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim 
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.