Isnin, 27 Mei 2013

Derhakakah kakak terhadap ibu?

Kisahnya bermula dengan si adik yang telah mengupdatekan status yang kurang senang di Facebook. Dibaca oleh makciknya akan status itu. Kemudian makcik itu menyuruh si kakak untuk mesej si adik supaya padam status tersebut kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain. (Adik dan ibu tinggal berasingan dengan kakak dan makcik. Sudah 9 tahun ibu bapa mereka bercerai)

Kakak : Adik, cik marahlah kau update status macam tu. Kalau orang tu baca terasa tahu tak? padam sekarang!

Adik : Dah padam. So tak payah nak memekak..

Kakak : Kenapa kurang ajar sangat ni?

Adik : Ok. Aku memang kurang diajar pon.. Bapak aku tak pernah pun ajar aku.. Ibu pon same!! Pernah ke diaorang nak ajar aku? sebab tu lah  aku ni lembab. 

Kakak : Abes ko ingat aku ni ada orang ajar ke? Tak ada! Duit pun kalau boleh aku tak nak minta langsung dari mak kau tu! Ada aku minta duit ibu nak beli fon mewah macam kau ngan akak sorang tu? Tak pernah! Apa yang aku tahu aku nak belajar. Walaupun dorang berdua tu tak pernah ajar aku untuk belajar! itu semua kehendak diri sendiri! Kau yang pilih jalan tu memang itulah yang terhasil!Aku tak pernah mak bapak tu ajar aku! tapi aku berusaha untuk belajar sebab aku tak nak idup susah! aku nak jadi orang berjaya! aku nak kerja pakai pakaian office bukan iniform cuci tandas! Cakap tolong pakai otak!

Adik : Duit fon tu half2 la.. separuh duit ibu, selebihnya duit adik..

Kakak : Kau kira beruntung! Dulu ramai sangat yang tak sukakawan dengan aku! benci aku! Aku kena cubit pulak kena kutuk. Time tu kau tak ada lagi. Aku sabar je. Aku sedih tau tak? dahlah abah ngan ibu selalu bergaduh. Sebab tu aku selalu lari rumah atuk.Aku tak tahan. Masa tu aku baru darjah 2. lepastu aku sedar, yang aku kena belajar and alhamdulillah aku memang berjaya buat masa ini. Tak pernah sangka yang aku akan dapat 7A 1B dalam PMR sebab aku tahu selama ni aku bodoh! Sejak daripada aku dapat keputusan tu, orang-orang yang benci aku semua baik dengan aku. Aku berasa sangat bersyukur! Aku nak kau jadi lebih pandai dari aku. Aku nak kau belajar! Kau kira beruntung. Tapi kau tak pernah nak datang tanya aku tanya apa yang tak faham ka? Sedangkan anak buah tu sentiasa tak henti-henti tanya aku itu ini. Kau x pernah!
Selalu dengan tab ibu, fon kau, twitter kau, fb kau and boyfriend kau! Kau dah besar sepatutnya dah bijak berfikir. Terpulanglah, aku tau kau benci aku bebel banyak2 ni. Aku harap ini bebelan yang terakhir buat kau. Fikirlah, dunia yang kekal akhirat. Pilih nak syurga atau neraka. Fikir selama kita hidup ni, banyak sangat ke pahala untuk kita masuk syurga? Lagi satu, couple tu hanyalah kebahgiaan sementara. Selagi tak halal bermacam2 dugaan Allah bagi kat kau.

Adik : Adik minta maaf. Adik tak datang rumah cik dah lepas ni..

Kakak : Terpulanglah, cik tak pernah pun halau kau. Kau yang nak. Kau ngan ibu sama je. Sampai bila kau tak datang umah atuk kau ni?Tak kan salah sorang dalam rumah ni mati baru nak datang? Fikirlah! Jumpa dengan boyfriend lagi dapat pahala daripada jumpa saudara-mara kan? Memang sifat yang sangat dipuji Allah :)

Adik : Kalau datang pun semua dah benci aku

Kakak : Suka hati kaulah nak fikir apa. Kalau itu yang kau fikir, memang itulah yang jadi.

Adik : Akak ngan angah tu sama je ada tak nak tengok ibu kat rumah ni sihat ke tidak? tolong ibu? Nak datang rumah? Takda pun! Ibu hari2 nangis.. Ibu cakap anak2 ibu sombong.. Ibu ada 6 orang anak tak kan semuanya nak harap adik? Kalau pandai, kerja bagus nak buat apa kalau ibu dah kecik hati? Tak berkat juga! Hm.. Adik tak pandai takpa asalkan adik boleh jaga ibu..

Kakak : (kata2 itu sangat menyentuh perasaanku. Aku menitisakan air mata tanpa kawalan) Aku bukan tak nak. Tapi aku tak boleh blah dengan perangai ibu tu. Aku kesian kat dia. Kalau boleh aku x nak pun dia kerja kau tahu tak? Kesian kau tahu tak dah tua2 nak pergi ke sana sini promote herbalife tu. Aku tak suka dengan kemewahan tu. Duduk jelah rumah itupun susah ke? Kenapa perlu pindah? Kenapa tak duduk je dengan atuk sekali? Ada ibu tengok maktok dan abah tok sakit? Ibu pun tak tegur atuk langsung! Aku dah banyak kali tau tak cuba nak baik dengan dia, aku cuba! Tapi bila aku cakap elok2 dengan dia, hah mula dah tunjuk lagak. Hari2 aku doakan agar dia sentiasa sihat tubuh badan dan dapat rezeki melimpah ruah and semoga tubuh badan abah ibu diharamkan masuk neraka. Aku harap mereka masuk syurga mudah, tanpa sebarang hisab pun. Sebab aku susah sangat nak baik dengan ibu. Aku sendiri tertanya2 kenapa aku ni? Aku rasa macam aku ni anak derhaka. Dan memang betulpun aku ni anak derhaka sebab aku buat ibu nangis hari2 kan? Aku memang tak berguna pun. Aku tau sebab inilah, aku tak pernah rasa bahagia. Sebab aku anak derhaka. Semua ni salah aku. Dan sampai bila2 pun aku tak akan berjaya kalau aku tak senangkan hati ibu. Aku harap sangat ibu berubah weh! Kau ingat aku nak ke jadi macam ni? Aku taknak masuk neraka! Aku tak nak! aku tak nak Allah laknat aku sepanjang hidup! Aku taknak! Aku pun selalu minta kat DIA, supaya aku lembut hati, aku tak nak derhaka. Sebabtulah aku jarang bercakap dengan ibu, supaya aku x nak sakitkan hati dia. Sebab aku takut kalau aku cakap banyak nanti mulalah aku menengking. Kan dah sakitkan hati ibu tu? Itu sebab aku! :'( Lagipun biralah adil. Kalau ibu tak kasih aku jumpa abah, maknanya  ibupun tak payah jumpa. Baru adil.

Adik : Akak marah adik sebab tak belajar. Kat rumah ibu ni, adik buat semua tau. Pergi klinik beli ubat ibu semua.. Takkan nak bayar adik dah buat macam tu sume? Akak kata adik kena belajar sume bagai.. sepatutnya kakak2 yang buat benda tu. korang dah habis belajar dah kerja. bukan adik!Adik sepatutnya belajar. Lepastu bila tak belajar marah. Akak tak tahu ibu kat rumah macam mana sebab akak tak pernah datang rumah ibu. Camne aku nak buka buku kalau aku je kena buat semua ni. Korang bukan nak tolong! Aku nak jaga ibu! korang ada ke? semua buat hal masing2! Mentang2 pandai. Nak belajar pun aku dah tak ada mood. Stress tau x! dengan ibu lagi.. korang tak pikir pon!

Akak: (aku speechless. aku rasa macam baru dipanah petir. kata2 adik menusuk qalbuku. Semua ayat yang berwarna merah di atas, bagaikan dituju khas untuk diri aku sendiri. Cuma aku yang lambat sedar)Yelah. Nanti aku bagi tau kakak2 semua suruh jaga ibu. Tapi itu bukan alasan untuk kau stress nak belajar. Couple tu tak stress pula?

Adik : Tak.. tu tempat nak luahkan perasaan.. tu je! Kalau tak dia siapa lagi aku nak mengadu?

Kakak : (masih tersentap akan kata2 pedih adik dan terus menangis.) Suka hati kau lah adik, sekarang aku dah tak nak paksa kau belajar. Itu semua dalam tangan kau. Pilihan kau.

Sampai situ sahajalah perbualan mereka melalui mesej ringkas.

p/s : (Aku refer pada blog orang)

Siksa bagi anak derhaka kepada ibubapa:

Nabi mencela anak-anak yang mempunyai ibubapa yang sudah lanjut usia namun masih tidak dapat memasuki syurga.Sabdanya bermaksud:"Sungguh hina,sungguh hina,sungguh hina.Nabi di tanya;"Siapakah wahai Rasulullah?"Nabi menjawab;"Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua,samada salah seorang atau kedua-duanya kemudian dia tidak memasuki syurga."(Riwayat Muslim)

Berhati-hatilah bagi anak yang perrnah melukakan hati ibubapa mereka kerana ia haram di sisi Allah dan di hina di dunia dan akhirat. Dan Allah mempercepat balasan-Nya di dunia.
Jangan kerana perbuatan anak menyebabkan mendoakan keburukan terhadap anak.Nabi pernah bersabda:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi,doa orang yang dizalimi,doa orang yang sedang dalam perjalanan(musafir)dan doa orang tua ke atas anaknya.'-Riwayat Imam Al-Tirmizi.

Berpandukan hadis di atas,sikap biadap pada ibubapa bertentangan dengan budaya orang melayu yang terkenal dengan tatasusila tinggi serta lemah lembut.Penduduk sekeliling perlu menghukum anak yang menzalimi orang tua dalam urusan seharian agar perbuatan anak tidak di terima masyarakat.Jangan berlembut dengan mereka kerana mungkin ia akan menzalimi jiran tetangga pula.

So, apa pendapat korang berdasarkan cerita ini? Adakah benar si kakak ini anak derhaka. Jika ya, apakah cadangan anda buat si kakak supaya dapat buang perasaan marah kepada si ibu? Anda boleh tinggal sebarang komen di ruangan yang tersedia ada di bawah. Terima Kasih :)