Rabu, 18 April 2012

Putus Cinta? Broken Heart? aww.. sexy from the head to toe.... ?????

If another women steals your man, there's no better revenge than letting her keep him. Real men can't be stolen.
So what are you waiting for??? Let him go lah! haha


Memang tak dinafikan kalau putus cinta ni menyakitkan. Aku pun pernah rasa, selama 6 bulan aku macam orang tak siap (tak terurus) sebab asyik teringat ex aku tu rasa macam tak boleh hidup tanpa dia tapi kita kena ingat Allah kan ada. Oleh itu kita mestilah :



 Walaubagaimanapun aku buat macam-macam aktiviti untuk kuatkan semangat aku nih dan kita kena ingat bahawa


and...


ha.. you all get what I meant or not? Grab it fast when you got it! tehehe


Aku tahu korang terluka kan? 

Jadi tunggu apa lagi? Ubatlah hati anda dengan ayat-ayat suci Allah ini ;)


dan


 Ini  pula doa untuk jauh dari kedukaan :)



Yeah, untuk mendapatkan cinta yang tulus kita kena berkorban banyak benda. Sebab itulah lebih baik korbankan masa dengan memperbanyakkan amalan dan ilmu akhirat supaya kita mendapat cinta dariNYA ;)

Apa pun yang terjadi, kita kena sentiasa mengingati Allah SWT, simpan DIA ketat-ketat dalam hati semoga kita tidak tertipu atau terpedaya dengan sebarang keburukan, wallahhualambissawab :)



Lots of Loves <3,
Siti Nor Hawa  Basiron


Today Lesson XD

Bah! Ha... terkejut semua orang kena sergah dengan Cik Hawa amek kau! hehe..
Ok cerita pasal pagi tadi, aku buat test komputer nak buat lesen memandu lah ni alhamdulillah aku lulus! ceh muka aku happy gila tak terkata bila dapat keputusan tak kurang juga si Eman dan Tika! Ok happynya nak masuk kereta! 
Eman : Eh, ada surat saman! Ish... aku lupa nak bayar parking! I say man!
Tika : (wat lek masuk duduk kat belakang makan karipap dan kunyah donnut)
Aku : Ha? Apa man? Berapa kena bayar man? 
lalu eman pun tunjuk ke aku resit saman tersebut yang dikenakan oleh Pakcik Razak tu herhh..


Pergh.. masa tengok resit nih, tiga-tiga menyirap, weh RM60 siot mana nak cekau duit?

Aku : Oklah kita half-half ah, aku Rm 30 korang 2 orang bayar RM 15 seorang.
Tika & Eman : Ok set!

Dah lepas hantar adik Eman ke sekolah, kitorang pun rancang untuk terus ke MPS nak settlekan saman ni. But hey! hey! hey! Jangan lupa kita singgah rumah Sarah dulu nak tengok tudung! tudung! tudung! tudung! ha amek banyak kau tudung macam selama ni keluar rumah pakai kopiah pulak LOL.

Pergh sampai di rumah Sarah, dia keluarkan all scarves yang ada and I was like at random points! sumpah aku rambang mata gila-gila semua aku nak! haha .. Tika took 1 while I took for about 2 of scarves which was light red and dark green. woah superB! I was attracted to that both of colours like bersemangat gila ah! Actually eman yang beria gila nak tengok tudung at last dia tak beli sebab takda warna yang dia nak, dan yang borong adalah aku dan tika. hehe.. 
time beli tudung nih memang macam tak hengat dunia padahal duit tinggal berapa jeh lagi dengan nak bayar saman nyeh RM 60 entah cukup entah tak. Si Tika pula cakap, takpa awe, takpe satni kita pi cucuk duit kat RHB Bank! nahh.. bila sampai RHB Bank, we both just be like crazier.
Tika : Weh hawa, betul ka kau cucuk ni asal tak boleh keluar duit?
Aku : Boleh aku dah banyak kali buat aku tau la.
Abang bank : dik, harini takda note 10, yang ada note 50 dan 100.
Tika & aku : (Ya Allah, malu gila!!!! merah padam muka kita berdua)

masuk kereta Eman, dan dengan muka sedih, man terus lah gi mps, kau ada RM 50 an Man? nanti kitorang bayar balik. haih tulah tadi suka gila membeli-belah tak hengat dunia hamek kau! botak!
Sampai di MPS, Eman amek nombor giliran. Lepas tu tiba dah giliran Eman nak bayar Saman, muka Eman sedih jeh nak hulur RM 60 tuh. Bila dah bayar Eman toleh belakang pandang aku dan Tika tersenyum lebar. Aku dan Tika macam, apehal man? apehal? dapat less 50% ka? 
Eman : Ini dah lebih 50%! Kita kena bayar RM 20 sahaja! hooray! :D
woah! kitorang bertiga melompat-lompat macam beruk makyeh dah happy gila dapat save duit haha, syukur Alhamdulillah! XD



Tamat..

Pengajaran 1 : Kalau parking kereta di mana-mana, PASTIKAN SUDAH berRESIT dan letak resit itu di tempat yang mudah dilihat seperti di atas dashboard, jadi tak dalah kena saman!

Pengajaran 2 : Kalau nak shopping, silalah berhati-hati, jangan over excited, pastikan ada duit tuh jangan jadi seperti di atas kalau ada apa-apa yang tidak di duga berlaku susah nanti! hehe

Pengajaran 3 : Kalau nak cash deposit wang tu, bacalah betul-betul apa yang terpapar di mesin ATM tu, janganlah sampai memalukan diri sendiri, ini tidak, kat sekering dah terang-terang cakap only have 50 & 100 notes sahaja, kalau kau nak keluar note 10 sampai bila-bila pun memang takkan adalah! haha..

oh nanti dulu! kan saya ada beli tudung dengan Sarah tadi, nak lah tunjuk sikit, promote business kawan semoga maju BeautifulFactory muhhehehe..



woah I memang suka syok sendiri haha, btw cantikkan colour scarf yang aku pilih nih, pandai Hawa pilih aww haha tak malu puji diri sendiri ;)

The Bright Red which not too bright



Dark green yang chill ;)


Macam biasa Umar Qhaliff memang suka menyelit cuma yang tak best ambut cendawan Umar dah kena potong sebab ramai orang fikir Umar perempuan dengan rambut cendawan, jadi nah potong macam askar dah tak comey dah Umar ateh nih :(





Isnin, 16 April 2012

Doaku buat bakal imamku yang dirahsiakan Allah :)

Harapan muslimah buat bakal zauj yang dirahsiakan Allah :

Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudz, imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan bersama melalui perjalananku nanti...

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, melayakkan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

Aku percaya kau sedang menempah dirimu dalam beribu dugaan dengan meletakkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan masalah ummah... Mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu untuk ummah.

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti.

Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan zikir selalu terlafaz menemani langkah jihadmu.

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu.

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya keranaNya.

Aku percaya, kau sedang melayakkan diri dan terus memperbaiki diri disana, di belahan bumi manapun kau berada.

Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri :

Aku pun begitu sayang.

Aku sedang belajar, belajar menempah diri, menjauhkan egoku demi ummah, membaktikan diriku untuk orang lain, agar baktiku padamu juga sempurna.

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan keluarga Qur’ani yang aku inginkan nanti dapat ku bangunkan bersamamu.. Kerana kau tahu? Meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti.

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu.