Selasa, 22 Mac 2011

Tanda-tanda awal kanser

1 Kanser pangkal Rahim - Pendarahan yang luar biasa dan turun berat badan.

2 Kanser payu dara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3 Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4 Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5 Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6 Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7 Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen dan suara menjadi lebih mendalam.

8 Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening atau pitam, pelupa, dan perubahan personaliti.

9 Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10 Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.

11 Kanser tekak - Suara garau atau serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER :

  • Makanan
  • Tembakau
  • Alkohol
  • Radiasi
  • Sinaran cahaya matahari
  • Pekerjaan
  • Pengambilan ubat
  • Pencemaran air dan udara
  • Perokok yang tidak aktif
  • keturunan


  



Selasa, 15 Mac 2011

Cerita Tergantung?

Dulu dialah orang yang paling gembiraaaa dalam dunia ni..
Orang yang bijak, pantas, peramah, kreatif, inovatif, kuat..
 semuanya dia ada...
Dia ramai kawan..
Semua kawan-kawan dia sayangkan dia sebab dia bijak dan gemar melawak malah baik hati..
Tapi bermula tahun 2009 dia berubah..
Dia bukan seperti dahulu..
Mukanya yang putih kemerah-merahan dan selalu memberikan senyuman yang bisa memikat hati setiap lelaki, kini berubah menjadi kusam, lemah, dan tidak banyak berbicara seperti dahulu..
Oleh hal itu, dia semakin renggang daripada kawan-kawanya..
Dia juga dapat merasakan hubungannya bersama keluarga semakin tawar..
Tidak sangka benar dia yang pendiam, keras hati dan berkepala batu ini kembali  menjadi dia yang dahulu kerana tertarik dengan seorang lelaki yang merupakan kawan biasa baginya yang boleh dibawa gurau, mengadu nasib dan macam-macam lagi..
hahahaha..
macam mimpi..
Pada suatu malam, lelaki itu dan dia telah menjadi sepasang kekasih..
Dia rasa bahagia..
Dan kini sudah setahun setengah mereka masih lagi bersama..
Tapi...........................................

Rabu, 9 Mac 2011

Khasiat Daun Jambu Batu

Melambatkan penuaan
                               
Kandungan antioksidan di dalam daun jambu batu sangat tinggi.
Antioksidan ini membantu mencegah dan membaiki kerosakan sel daripada oksidan.
 Oleh itu, daun jambu batu mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan penyakit berkaitan
penuaan seperti penyakit jantung, kanser, Alzheimer, katarak, kemerosotan makula, dan osteoartritis.

Masalah usus

Etrak daun jambu boleh menyembuhkan cirit-birit yang berpunca daripada beberapa jenis bakteria termasuk Salmonella. Ekstrak daun jambu batu juga berkesan menghentikan cirit-birit akibat taun. Malah ada ubat dibuat daripada daun jambu batu, khas untuk merawat cirit-birit. Air rebusan daun jambu boleh meningkatkan perembesan enzim penghadaman dan menghentikan muntah-muntah.

Mengurangkan berat badan

Daun jambu dipercayai sangat bermanfaat dalam usaha seseorang yang mahu mengurangkan berat badan. Daun jambu menghalang kanji daripada bertukar kepada gula.


Kencing manis

Daun jambu digunakan sebagai rawatan tradisional untuk mengubati kencing manis. Daun jambu mengurangkan paras glukosa dalam darah tanpa menjejaskan paras insulin.


 Alahan

Daun jambu batu mengandungi kesan anti alahan dan boleh menyingkirkan pembebasan histamina (sejenis bahan yang dibebaskan oleh tisu badan dalam bentuk tindak balas alahan).


Melegakan artritis dan merawat luka

Daun jambu yang dijadikan pes dan disapu pada kawasan sakit boleh melegakan kesakitan artritis dan mempercepatkan penyembuhan luka.


Mengubati sakit gigi

Sakit gigi boleh dilegakan dengan mengunyah daun jambu segar. rebusan daun jambu batu pula boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk melegakan sakit tekak, radang gusi dan ulser mulut.

Selamat mencuba :D