Rabu, 14 Disember 2011

Sebab main panas?

hmm.. rasa bertuah sangat sebab ada cousin yang sporting melampau nih. macam ni.. petang tadi cik awe' duduk sembang-sembang penuh dengan cik endong. hmm.. aku nampak macam ketiak dia hitam sangat.

Cik Awe' : Endong, kenapa ketiak kau hitam sangat nih? sebelum nih cerah je..
Endong    : Biasalah hawa... selalu main panas.. tuh yang hitam tuh ketiak aku nih..

dengar je endong jawab macamtu, yang lain pun gelak sama termasuklah cik endong sendiri. masalahnya, endong tak pernah keluar rumah mendedahkan ketiaknya ke panas matahari. itu yang kami sama-sama musykil. main panas sampai ketiak jadi hitam? haha dahsyat sungguh.sungguh tak dapat diduga jawapannya itu. haha. Ha tapi anda semua jangan salah faham, sebab cik awe' dah minta kebenaran daripada cik endong untuk cerita kejadian ini di blog. oklah, selamat malam semua. sebelum tidur baca doa okayh? assalamualaikum :)

Selasa, 13 Disember 2011

Sahabat :)

Assalamualaikum and Good Morning cuters bloggers! okayh just want to share this song which I've done just now. Yeah a little bit incest and nasal but it's okayh la kot. I do it honestly from my heart. hehe.. Do enjoy guys! :D

Majulah Melayu dengan Perniagaan :)

Hye, Assalamualaikum dan selamat petang semua blogger dan juga makcik-makcik, jiran tetangga dan juga bibik yang sedang berenang dalam kolam belakang rumah tu. Jangan sampai lemas yeh bik!!!
He... Okayh harini Cik Awe' ada sedikit benda nak share. nak share apa tuh Cik Awe' oi? ha nak share link ni... Cik Ummu Syaza kita nih baru mahu memulakan perniagaan secara online, katanya. Dan sebagai permulaan Cik Ummu menjual barangan seperti minyak wangi yang comel-comel. Tak lama lagi Cik Ummu juga bakal mempamerkan  barangan seperti tas tangan dan juga kasut. Jadi selamat membeli belah dan kepada Cik Ummu Syaza pula semoga berjaya! :)
http://ummusyaza.ads4mall.com/





Jumaat, 9 Disember 2011

Bulan Ditutup Awan

Wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan
kini engkau pergi jauh membawa dir
i tinggal daku saorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan
wahai jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu tidak kuturut sedari dahulu
wahai janji setia sudah diucapkan
aduh kata bersumpah telah kupadukan
kini engkau pergi jauh membawa diri
tinggal daku saorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutop awan
terkenang hati bertambah rawan

Bilakah?

bila perbalahan antara kedua belah pihak ni boleh berakhir ya?
hummmh..
penat betul..
hari-hari hamba memohon agar kedua-dua belah pihak ini boleh menyelesaikan sesuatu perkara secara matang dan rasional.
harap-harap Allah terima permohonan tu.
Allah bagi macam-macam ujian sebab Allah sayang kita.
jadi, kita perlulah bersyukur benar?
aahhha..
haih..
alangkah bahagianya pabila keamanan kekal di sini :)

3.15 a.m.
15 November 2010

Doa Akhir dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim 
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

My Own Fable

Once, snake met with chicken in the middle of the forest at midnight. The snake said, "Hey chicken! what are you looking for in the middle of this forest? Don't you scared?". The chicken whispered, " Shhh.. don't make any noise! Stranger is there! ". The snake replied, " What? Stranger? Where is him? Tell me! I want to peck him! The chicken replied, " Oh snake, don't be too chaos. Be cool ok? We do not know whether the man was good or not! So, chill bebeh". The stalking was fun but then, the chicken was farts by a very powerful sound like this, "Prrottpotpotpot.. ". The snake yelled, "What the hell are you farting here huh? I can't breath you know? It is stink like you!" The chicken loughed out loud and said, " Don't you know that I am  eating petai? It is tasty you know? HAHA". Plus, it is good for our kidney". The snake replied, "Oh my gosh, are you going to be crazy? arhh.. what ever!". "Boom"! The chicken and snake were Shocked when heard  the sound. They found that the stranger was fainted and fall on the ground because of the 'petai smell'.


ha! chicken also eats salad. how about us? are we taking it? haha..
The moral is we should take the right quantities of vegetables, and practice so that our health is more secure.
Thank you for reading my own fable :)


                                                                                                -the end-


 9.33 pm
oct-2-2010
written by siti nor hawa
orangseni's copyright@

Zaman Kini

(suara langit)
zina engkau!
zina mata!
zina telinga!
zina mulut!
zina hati!
tanggungglah engkau azab ilahi di akhirat nanti!

(hamba)
Allah!
binasalah aku! (nada : rintihan penyesalan)
Allah!
selamatkan aku! Allah.................!

setahun aku dibelenggu dosa, 
dosa daripada cinta dusta,
cinta yang rapuh bak kaca
yang apabila terhempas sedikit lalu berderailah mereka
haiiiiii.....
mudahnya kaum Hawa tertipu oleh kaum Adam di muka bumi ini
iaitu manusia
tertipu dengan ayat dan janji manis kaum Adam
lalu kaum Hawa membenarkan ia menyentuh tubuhnya
walhal mereka bukanlah mahram
tetapi mengapa aku?
persoalan yang masih tiada jawapan dariNya.
sesudah kaum Adam berasa bosan
dengan mudah kaum Adam berkata aku lepaskan kau,
sudah! cukup!
aku tidak mahu bergantung lagi kepada kau wahai kaum Hawa  
dengan penuh bongkaknya kaum Adam berkata.
mudahnya mereka melemparkan kata-kata itu
walhall merekalah yang merosakkan kaum Hawa

persoalan....
persoalanku selama ini sudah terjawab!
mengapa ini terjadi kepada aku?
kerana.. 
kerana aku sudah dipilihNya
kerana akulah yang cukup kuat untuk menempuhinya!
akulah antara yang terpilih!
Ya Rabbi!!!!
Redhakanlah aku Ya Allah! 
Dia menduga umatnya
sebegini kerana inilah realiti kehidupan umat manusia
inilah yang Dia mahukan
mahu kta sedar
membuka mata
menghulur telinga
melapangkan dada
berfikir sejenak
apa sebenarnya dunia

lalu bertaubatlah si hamba yang berdosa dengan beriman kepada Allah yang satu serta RasulNya


maka berderailah si mawar hitam dari tangkainya
pabila hujan yang lebat berderau menghempas muka bumiNya
tanda Dia mengampuni dosa-dosa hambanya
maka tumbuhlah si mawar putih yang baru 
terus gugurlah dosa hambaNya itu


create by : Siti Nor Hawa
: 02:00 am
: 29 ogos 2011

sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,
yang tidak sempurna itu dtang dari saya.
puisi ini khas untuk wanita-wanita di luar sana
jagalah diri anda dengan baik
jazakAllahhukhair...
wallahhualambiassawab. 

Peluang Hamba

aduhai!
mengapa begitu payah untuk aku meninggalkan segala laranganNYA?
mahu apakah aku?
yang baik atau yang buruk?
yang cantik rupa parasnya atau yang hodoh?
yang mulia atau yang binasa?
yang syurga atau yang neraka?

akidah tetap aku genggam kuat!
tiada tuhan melainkan ALLAH,
Nabi Muhammad persuruh ALLAH!
tetapi masih juga ada cebisan-cebisan dosa,
biarpun kecil dan begitu tipis dosa itu,
tetapi kesannya di akhirat sana,
tiada terkata betapa perit dan sakitnya...

wahai hamba,
kau ingatlah!
kau sedarlah!
kau bangunlah, bangkitlah dari lubuk dosa.
masih ada kesempatan di sana,
untuk kau memohon ampun dan memohon taubat dari NYA!
pergilah!
pergilah kau sujud taubat kepadaNYA selagi ada masa!
DIA sentiasa ada untuk hambaNYA,
cuma hambaNYA sahaja yang tiada sedar..
mohonlah kepadaNYA,! rayulah....!
dengan 99 sifatNYA yang mulia dan terpuji itu,
tiada mustahil akan DIA menerima taubat hambaNYA kembali...

wahai syaitan,
kini tiba masanya untuk anak cucu Adam merampas takhta,
meludah neraka dan menjilat syurga!

wallahhualambissawab......


30 oktober 2010
9.38 p.m.
siti nor hawa
orangseni copyright@


Khamis, 8 Disember 2011

:)


Take them not only when you sad, but let them accompany you throughout life. Because sometimes, they

 would understand you. Instead of us.

- Ahmad Samad's daughter
 





Hakim berlari-lari selaju yang mungkin sebab takut ikan yang dipancingnya terlepas daripada mata kail hikhik 



comelnyalah :)
 



 in Bagan Serai, Perak.



Rabu, 30 November 2011

Rahmat Tuhan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua! :D

Okayh sebenarnya saya nak share sikitlah tentang lagu yang baru saya reka pada 11 september 2011, 7.29 p.m.
Lagu ini mengisahkan tentang seorang penulis yang baru tersedar akan kesilapan dan kealpaan yang 
selama ini. Pada masa yang sama penulis mendapat petunjuk daripada Allah SWT dengan melihat keadaan di sekeilingnya. Ada yang kaya, berilmu dan dihormati tetapi  tidak bahagia dan tiada nikmat hidup yang boleh dirasakan kerana mereka tidak menyibukkan diri untuk menghadap Allah mahupun menyebut namaNya. Pada masa itu penulis berusaha melakukan sesuatu agar orang disekeliling sedar akan kewujudan Allah dengan memohon doa serta merintih dalam sujudnya.
umm inilah lagunya selamat mendengar! :)



Jumaat, 4 November 2011

Creating useful memories ;D

Creating useful memories? Can it happen? But how? 
jengjengjeng.... Miss Awe' can explain.


neurones in brain

DO YOU KNOW?????
The human brain acquires large amounts of information through the day, but how does it choose what to keep and what to discard? According to a study conducted in Germany and published in a Journal of Neuroscience, information is consodilated into memory while a person is asleep. However, the brain selectively favours memories that are more likely to be accessed again in the future, actively 'tagging' this information while you are still awake. This is why you are more likely to remember how to prepare food rather than what you ate two days ago. But i think for Mr. Digi, he more likely to remember what food that he should take in rather than how to prepare food as he sluggish to prepare food hehehe.. Do not be angry Mr. Digi, joke okayh? ahaks!  Thats all. Bye and Assalamualaikum!

p/s: Just be  nice to your brain. Keep it healthy and drink a lot of plain water so that brain can interprates properly and blood can  flow smoothly which can prevent hypertension because only a little pressure is needed to flow the blood around the upper part of the body (heart and brain). Keep in touch bebeh ;) 

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hello Scinces dah lama tak jumpa awak! :D


Anda masih ingat lagi topic ni? Siapa yang masih kental lagi sel neuronenya seperti AKU pasti anda ingat dan anda adalah orang yang baik dalam Biology sebenarnya. aha...aha...aha.. (padahal ini physics)



Why form 5 student like her (me) swizzled want to know this topic in fact she already knew it! it's in her brain alreadylah but why she.... why... ??????

 Hehehehe.. Actually my cousin which in form 2 asked me the topic  as he got confused to solve the lever-class also the working answer (alahai cett apa yang susah kan the formulae given already, haiya..) hehe.. but never mindlah! i teachlah! 

Seriously FULCRUM is THE EASIEST topiclah brother!!! by the way i enjoy with it <3 

naaahhh lets refresh our memory back to the topic that I have been learned for 4 years a go!!!!!!!!!!

remember this formulae please!


F      L      E
                  FULCRUM          LOAD             EFFORT

First Class-lever followed by Second Class-lever followed by Third Class-lever (Must be At the middle position)


First Class-Lever


For the first  class-lever, FULCRUM must be situated at the middle between EFFORT and LOAD or between LOAD and EFFORT like this :

 E     F     L
OR ELSE
 L     F     E



Second Class-Lever

For the second class-lever, LOAD must be situated at the middle between EFFORT and FULCRUM or between FULCRUM and EFFORT like this:

E      L      F
OR ELSE
F      L      E



Third Class-Lever

For the third class-lever, EFFORT must be situated at the middle between LOAD and FULCRUM or between FULCRUM and LOAD like this :

L      E      F

 OR ELSE

F      E      L

Ha.. Finish already! I hope these notes can supply lots of benefits to the readers although mine is not good enough as in any physics' books but i think it is good enough as it is originally come fresh from my memory without turning any pages of the physics' book. Yeah done already :D


p/s: Appreciate. Knowledge is something beautiful, and seek newknowledge is a praiseworthy in ALLAH. Wallahhualambissawab,
You go go go go man! peace yaww. Assalamualaikum and goodnight :)

Selasa, 22 Mac 2011

Tanda-tanda awal kanser

1 Kanser pangkal Rahim - Pendarahan yang luar biasa dan turun berat badan.

2 Kanser payu dara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3 Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4 Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5 Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6 Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7 Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen dan suara menjadi lebih mendalam.

8 Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening atau pitam, pelupa, dan perubahan personaliti.

9 Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10 Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.

11 Kanser tekak - Suara garau atau serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER :

  • Makanan
  • Tembakau
  • Alkohol
  • Radiasi
  • Sinaran cahaya matahari
  • Pekerjaan
  • Pengambilan ubat
  • Pencemaran air dan udara
  • Perokok yang tidak aktif
  • keturunan


  



Selasa, 15 Mac 2011

Cerita Tergantung?

Dulu dialah orang yang paling gembiraaaa dalam dunia ni..
Orang yang bijak, pantas, peramah, kreatif, inovatif, kuat..
 semuanya dia ada...
Dia ramai kawan..
Semua kawan-kawan dia sayangkan dia sebab dia bijak dan gemar melawak malah baik hati..
Tapi bermula tahun 2009 dia berubah..
Dia bukan seperti dahulu..
Mukanya yang putih kemerah-merahan dan selalu memberikan senyuman yang bisa memikat hati setiap lelaki, kini berubah menjadi kusam, lemah, dan tidak banyak berbicara seperti dahulu..
Oleh hal itu, dia semakin renggang daripada kawan-kawanya..
Dia juga dapat merasakan hubungannya bersama keluarga semakin tawar..
Tidak sangka benar dia yang pendiam, keras hati dan berkepala batu ini kembali  menjadi dia yang dahulu kerana tertarik dengan seorang lelaki yang merupakan kawan biasa baginya yang boleh dibawa gurau, mengadu nasib dan macam-macam lagi..
hahahaha..
macam mimpi..
Pada suatu malam, lelaki itu dan dia telah menjadi sepasang kekasih..
Dia rasa bahagia..
Dan kini sudah setahun setengah mereka masih lagi bersama..
Tapi...........................................

Rabu, 9 Mac 2011

Khasiat Daun Jambu Batu

Melambatkan penuaan
                               
Kandungan antioksidan di dalam daun jambu batu sangat tinggi.
Antioksidan ini membantu mencegah dan membaiki kerosakan sel daripada oksidan.
 Oleh itu, daun jambu batu mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan penyakit berkaitan
penuaan seperti penyakit jantung, kanser, Alzheimer, katarak, kemerosotan makula, dan osteoartritis.

Masalah usus

Etrak daun jambu boleh menyembuhkan cirit-birit yang berpunca daripada beberapa jenis bakteria termasuk Salmonella. Ekstrak daun jambu batu juga berkesan menghentikan cirit-birit akibat taun. Malah ada ubat dibuat daripada daun jambu batu, khas untuk merawat cirit-birit. Air rebusan daun jambu boleh meningkatkan perembesan enzim penghadaman dan menghentikan muntah-muntah.

Mengurangkan berat badan

Daun jambu dipercayai sangat bermanfaat dalam usaha seseorang yang mahu mengurangkan berat badan. Daun jambu menghalang kanji daripada bertukar kepada gula.


Kencing manis

Daun jambu digunakan sebagai rawatan tradisional untuk mengubati kencing manis. Daun jambu mengurangkan paras glukosa dalam darah tanpa menjejaskan paras insulin.


 Alahan

Daun jambu batu mengandungi kesan anti alahan dan boleh menyingkirkan pembebasan histamina (sejenis bahan yang dibebaskan oleh tisu badan dalam bentuk tindak balas alahan).


Melegakan artritis dan merawat luka

Daun jambu yang dijadikan pes dan disapu pada kawasan sakit boleh melegakan kesakitan artritis dan mempercepatkan penyembuhan luka.


Mengubati sakit gigi

Sakit gigi boleh dilegakan dengan mengunyah daun jambu segar. rebusan daun jambu batu pula boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk melegakan sakit tekak, radang gusi dan ulser mulut.

Selamat mencuba :D

Ahad, 27 Februari 2011

Petua orang dulu-dulu..


Gigi Putih Bersinar
Garam halus boleh digunakan untuk mendapatkan gigi yang putih bak mutiara.
Caranya, letakkan sesudu teh garam halus di atas berus gigi seperti memberus gigi. amalkan selama seminggu Insya-Allah, gigi anda akan putih bersinar.

Kuku Cantik Berkilat
Untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat, gunakan bawang putih yang ditimbuk kasar dan dicampur dengan sedikit minyak zaitun.
Caranya, ambil bawang putih yang telah ditumbuk kasar yang dicampur dengan sedikit minyak zaitun lalu digosok-gosokkan ke atas permukaan kuku kaki dan tangan. Biarkan sehingga kering, barulah dicuci dengan air suam. Jika diamalkan selalu, Insya-Allah kuku sihat bersinar tanpa masalah jangkitan fungus pada kuku.

Garing Dalam Jangka Masa yang Singkat
Biasanya kita sering mengambil masa yang lama untuk menggoreng ikan atau ayam sehingga ia betul-betul garing, perahkan sebiji limau nipis ke dalam minyak yang telah panas. Kemudian gorengkan ikan atau ayam seperti biasa. Insya-Allah, ia akan garing dalam jangka masa yang singkat.

Mengembalikan Kesedapan Tempoyak
Campurkan serai yang dititik dan daun kunyit ke dalam masakan tempoyak, sama ada dalam masakan ikan atau bahan-bahan yang lain. Jika suka, anda boleh mencampurkan pati santan. Rasa tempoyak itu akan kembali sedap, Insya-Allah.

Petua Memilih Sayur
Kobis - Pilih yang ringan dan rongganya besar-besar.
Sawi - Pilih yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
Timun - Pipil yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
Tomato - Pilih yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
Ubi keledek - Pilih yang lurus dan bersih kulitnya.
Bendi - Pastikan hujungnya lembut.

Petua Menyimpan Sayuran
  • Cara menyimpan timun, lobak merah  dan kobis agar sentiasa segar ialah dengan menyapukan sedikit garam dan minyak kelapa di bahagian atas permukaan sayur-sayur tersebut. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.
  • Cara menyimpan sayur berdaun, hitis sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam bag plastik. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu. Ataupun rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit. Kemudian bungkus sayuran berdaun itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan selama tiga atau empat hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.

Selamat Mencuba:D

Khamis, 24 Februari 2011

Peluang Hamba

aduhai!
mengapa begitu payah untuk aku meninggalkan segala laranganNYA?
mahu apakah aku?
yang baik atau yang buruk?
yang cantik rupa parasnya atau yang hodoh?
yang mulia atau yang binasa?
yang syurga atau yang neraka?

akidah tetap aku genggam kuat!
tiada tuhan melainkan ALLAH,
Nabi Muhammad persuruh ALLAH!
tetapi masih juga ada cebisan-cebisan dosa,
biarpun kecil dan begitu tipis dosa itu,
tetapi kesannya di akhirat sana,
tiada terkata betapa perit dan sakitnya...

wahai hamba,
kau ingatlah!
kau sedarlah!
kau bangunlah, bangkitlah dari lubuk dosa.
masih ada kesempatan di sana,
untuk kau memohon ampun dan memohon taubat dari NYA!
pergilah!
pergilah kau sujud taubat kepadaNYA selagi ada masa!
DIA sentiasa ada untuk hambaNYA,
cuma hambaNYA sahaja yang tiada sedar..
mohonlah kepadaNYA,! rayulah....!
dengan 99 sifatNYA yang mulia dan terpuji itu,
tiada mustahil akan DIA menerima taubat hambaNYA kembali...

wahai syaitan,
kini tiba masanya untuk anak cucu Adam merampas takhta,
meludah neraka dan menjilat syurga!

wallahhualambissawab......


30 oktober 2010
9.38 p.m.
siti nor hawa
orangseni copyright@

Rabu, 23 Februari 2011

NOBITA & SHIZUKA~

Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?



Nobita : A’ ah xbosan. Best!



Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk



Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti... sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.



Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..



Sizuka : Awk, sy cantik x?



Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?



Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.



Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.



Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu



Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..



Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.



Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.



Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..


Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?



Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa



Sizuka : Buktinya??



Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe



Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu



Nobita : Eh..errr~ huhu



Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.



Nobita : Eh..mestila! hehe



Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~



Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.



Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~



Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...



Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

 
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ......


[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~
Mereka pun tiba di i-City..