(suara langit)
zina engkau!
zina mata!
zina telinga!
zina mulut!
zina hati!
tanggungglah engkau azab ilahi di akhirat nanti!
(hamba)
Allah!
binasalah aku! (nada : rintihan penyesalan)
Allah!
selamatkan aku! Allah.................!
setahun aku dibelenggu dosa,
dosa daripada cinta dusta,
cinta yang rapuh bak kaca
yang apabila terhempas sedikit lalu berderailah mereka
haiiiiii.....
mudahnya kaum Hawa tertipu oleh kaum Adam di muka bumi ini
iaitu manusia
tertipu dengan ayat dan janji manis kaum Adam
lalu kaum Hawa membenarkan ia menyentuh tubuhnya
walhal mereka bukanlah mahram
tetapi mengapa aku?
persoalan yang masih tiada jawapan dariNya.
sesudah kaum Adam berasa bosan
dengan mudah kaum Adam berkata aku lepaskan kau,
sudah! cukup!
aku tidak mahu bergantung lagi kepada kau wahai kaum Hawa
dengan penuh bongkaknya kaum Adam berkata.
mudahnya mereka melemparkan kata-kata itu
walhall merekalah yang merosakkan kaum Hawa
persoalan....
persoalanku selama ini sudah terjawab!
mengapa ini terjadi kepada aku?
kerana..
kerana aku sudah dipilihNya
kerana akulah yang cukup kuat untuk menempuhinya!
akulah antara yang terpilih!
Ya Rabbi!!!!
Redhakanlah aku Ya Allah!
Dia menduga umatnya
sebegini kerana inilah realiti kehidupan umat manusia
inilah yang Dia mahukan
mahu kta sedar
membuka mata
menghulur telinga
melapangkan dada
berfikir sejenak
apa sebenarnya dunia
lalu bertaubatlah si hamba yang berdosa dengan beriman kepada Allah yang satu serta RasulNya
maka berderailah si mawar hitam dari tangkainya
pabila hujan yang lebat berderau menghempas muka bumiNya
tanda Dia mengampuni dosa-dosa hambanya
maka tumbuhlah si mawar putih yang baru
terus gugurlah dosa hambaNya itu
create by : Siti Nor Hawa
: 02:00 am
: 29 ogos 2011
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,
yang tidak sempurna itu dtang dari saya.
puisi ini khas untuk wanita-wanita di luar sana
jagalah diri anda dengan baik
jazakAllahhukhair...
wallahhualambiassawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan