Khamis, 24 Februari 2011

Peluang Hamba

aduhai!
mengapa begitu payah untuk aku meninggalkan segala laranganNYA?
mahu apakah aku?
yang baik atau yang buruk?
yang cantik rupa parasnya atau yang hodoh?
yang mulia atau yang binasa?
yang syurga atau yang neraka?

akidah tetap aku genggam kuat!
tiada tuhan melainkan ALLAH,
Nabi Muhammad persuruh ALLAH!
tetapi masih juga ada cebisan-cebisan dosa,
biarpun kecil dan begitu tipis dosa itu,
tetapi kesannya di akhirat sana,
tiada terkata betapa perit dan sakitnya...

wahai hamba,
kau ingatlah!
kau sedarlah!
kau bangunlah, bangkitlah dari lubuk dosa.
masih ada kesempatan di sana,
untuk kau memohon ampun dan memohon taubat dari NYA!
pergilah!
pergilah kau sujud taubat kepadaNYA selagi ada masa!
DIA sentiasa ada untuk hambaNYA,
cuma hambaNYA sahaja yang tiada sedar..
mohonlah kepadaNYA,! rayulah....!
dengan 99 sifatNYA yang mulia dan terpuji itu,
tiada mustahil akan DIA menerima taubat hambaNYA kembali...

wahai syaitan,
kini tiba masanya untuk anak cucu Adam merampas takhta,
meludah neraka dan menjilat syurga!

wallahhualambissawab......


30 oktober 2010
9.38 p.m.
siti nor hawa
orangseni copyright@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan