Rabu, 9 Mac 2011

Khasiat Daun Jambu Batu

Melambatkan penuaan
                               
Kandungan antioksidan di dalam daun jambu batu sangat tinggi.
Antioksidan ini membantu mencegah dan membaiki kerosakan sel daripada oksidan.
 Oleh itu, daun jambu batu mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan penyakit berkaitan
penuaan seperti penyakit jantung, kanser, Alzheimer, katarak, kemerosotan makula, dan osteoartritis.

Masalah usus

Etrak daun jambu boleh menyembuhkan cirit-birit yang berpunca daripada beberapa jenis bakteria termasuk Salmonella. Ekstrak daun jambu batu juga berkesan menghentikan cirit-birit akibat taun. Malah ada ubat dibuat daripada daun jambu batu, khas untuk merawat cirit-birit. Air rebusan daun jambu boleh meningkatkan perembesan enzim penghadaman dan menghentikan muntah-muntah.

Mengurangkan berat badan

Daun jambu dipercayai sangat bermanfaat dalam usaha seseorang yang mahu mengurangkan berat badan. Daun jambu menghalang kanji daripada bertukar kepada gula.


Kencing manis

Daun jambu digunakan sebagai rawatan tradisional untuk mengubati kencing manis. Daun jambu mengurangkan paras glukosa dalam darah tanpa menjejaskan paras insulin.


 Alahan

Daun jambu batu mengandungi kesan anti alahan dan boleh menyingkirkan pembebasan histamina (sejenis bahan yang dibebaskan oleh tisu badan dalam bentuk tindak balas alahan).


Melegakan artritis dan merawat luka

Daun jambu yang dijadikan pes dan disapu pada kawasan sakit boleh melegakan kesakitan artritis dan mempercepatkan penyembuhan luka.


Mengubati sakit gigi

Sakit gigi boleh dilegakan dengan mengunyah daun jambu segar. rebusan daun jambu batu pula boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk melegakan sakit tekak, radang gusi dan ulser mulut.

Selamat mencuba :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan