Selasa, 22 Mac 2011

Tanda-tanda awal kanser

1 Kanser pangkal Rahim - Pendarahan yang luar biasa dan turun berat badan.

2 Kanser payu dara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3 Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4 Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5 Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6 Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7 Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen dan suara menjadi lebih mendalam.

8 Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening atau pitam, pelupa, dan perubahan personaliti.

9 Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10 Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.

11 Kanser tekak - Suara garau atau serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER :

  • Makanan
  • Tembakau
  • Alkohol
  • Radiasi
  • Sinaran cahaya matahari
  • Pekerjaan
  • Pengambilan ubat
  • Pencemaran air dan udara
  • Perokok yang tidak aktif
  • keturunan


  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan