Ahad, 3 Februari 2013

Ex Boyfriend

Assalamualaikum w.b.t........
ffuh! ffuh! rasanya dah berdebu blog ni almaklumlah tak cukup masa nak usik blog ni. hehe..
 ffuh (tiup kasih bersih)
ahha... semenjak dua menjak 3 menjak, dan menjak-menjaknya yang lain, ramai kawan-kawan yang suka dengar lagu ciptaan aku yang bertajuk "Ex Boyfriend". Katanya.... kata merekalah.. haha
 ha? mereka tu sapa? mereka tu para penggemar dengor lagu ni ler.. hihi.. ni ha video nyer:


(nyanyi dengan penuh perasaan wo.. haha)

bila diingat balik, sebenarnya lagu ni memang aku buat dengan penuh perasaan baru lepas 'putus cinta' lah katakan. Mungkin sebab tulah diorang ni suka lagu ni, 'ada feel ka??' haha. 
Well, first love aku, aku rasa macam tak boleh bernafas bila berpisah dengan dia ni tak tahu kenapa, aku sayang sangat dia. sampai sekarang, aku masih rasa sayang lagi. memang itulah hakikatnya. 
Tapi mestilah dia dah ada pilihan hati lain kan? :) tak palah..
 Semua orang berhak ada perasaan kasih dan sayang so it's normal right? :)
  Sedih tak? 
 Gila tak sedih berpisah dengan orang yang dicintai kott? ummm..
Takpalah mungkin semua ni ada hikmahnya.
 Allah itu maha kaya, maha bijaksana, dan sayang hambanya. 
Mungkin semua ni berlaku, sebab Dia nak yang terbaik buat Mateen dan aku. 
So, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia, untuk diri aku dan untuk semua keluarga dan sahabat supaya aku tak akan kehilangan mereka yang tersayang lagi :)


p/s : kepada mereka yang sedang bercinta, jagalah hubungan anda dengan baik. kalau sayang, jangan bersentuhan selagi anda belum bernikah. Jalinkan kasih sayang dengan cara yang halal dan jangan murah diri ataupun jangan rendahkan harga diri anda. kasih sayang yang kita mahu adalah kasih sayang yang kekal abadi sampai ke syurga iaitu cinta dari Allah, bukannya syaitan. Kalau boleh, ni hah akak nak bagi idea sikit, memandangkan anda-anda tengah berkasih dan sayang ni, ajak, boyfriend atau girlfriend anda tu, ke ceramah2 agama ke, baca buku agama, dan bincangkan topik2 dalam buku tu dan kaitkan dengan isu semasa. dan cuba praktikkan dalam kehidupan korang.apa yang sepatutnya dan apa yang tidak sepatutnya korang buat. benda ni boleh improvekan diri kita dari masa ke masa. malangnya, baru sekaranglah pemikiran akak ni matang sikit baru terfikir benda-benda ni wallahhualam. nampak macam 'eewww.. apa ni? skema gila??" betul tak? tapi cuba kita fikir balik. Kebahagiaan cuma datang bila ada keredhaan dari Allah. betul tak? sebab itulah, kalau boleh perlahan2 praktikkan buat apa sahaja yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan juga masyarakat sekeliling. Selain itu, tak adalah orang pandang serong bila tengok 'couple' je mesti berpegangan tangan. kan tak manis tu. dah lah tak manis, pahit lebih, dosa pun bertambah? um.. Semakin lama, semakin tua bumi kita ni dan menghampiri kiamat. Dan kita tak tahu pun bila kita akan mati. sebab itulah kita perlu sentiasa berjaga2. jaga hati, jaga mata, jaga telinga. jaga mulut. kadang2 kita tak sedar apa yang  kita lakukan itu salah. samalah macam saya ni ha. kadang2 bila dah duduk ramai2, terjoin mengumpat sekali padahal tahu itu dosa. tengok! tak pasal2 au dapat dosa free... haih... Jadi ingat ya sayang-sayang sekalian, biarlah suami yang menyentuh anda bukannya kekasih (boyfriend). Belum tentu boyfriend tu akan jadi suami awak kan? Renung2kan :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan